PUTRAJAYA 18 Mei – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah menyelar beberapa laman Facebook yang memfitnahnya sebagai hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kasar kepada pemberita. MOHD. HASHIM Menurut Mohd. Hashim, artikel-artikel fitnah dan berniat jahat dalam laman Facebook berkenaan telah menggunakan video dan gambar individu lain yang mirip beliau. “Akibat daripada tindakan tersebut menyebabkan saya telah difitnah, dan menyebabkan orang ramai dihasut serta didorong untuk mengeluarkan kata-kata jelik kepada saya yang juga boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya