LANDSKAP politik Malaysia berubah sejurus berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu. Barisan Nasional (BN) yang telah mendominasi tampuk pemerintahan negara selama 61 tahun kalah teruk kepada Pakatan Harapan (PH). Hari ini, kerajaan Malaysia dikuasai oleh PH untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun yang menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh. Sebaik kembali menerajui kerajaan, Dr. Mahathir tidak menunggu lama untuk merealisasikan manifesto sebagaimana yang dijanjikan PH sebelum memenangi PRU kali ini. Sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri dalam majlis angkat sumpah di Istana Negara,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya