BAITULMUQADDIS 21 Mei – Seorang pengarah teater Portugal telah membatalkan kehadirannya di sebuah festival pembukaan kebudayaan utama di Baitulmuqaddis minggu ini disebabkan layanan buruk Israel kepada penduduk Palestin. Tiago Rodrigues berkata beliau menarik diri daripada Festival Israel itu supaya hasil kerjanya tidak bersama-sama bersubahat dan mempromosikan sebuah kerajaan yang secara sengaja melanggar hak asasi manusia. Menerusi satu catatan Facebook yang dimuat naik pada Khamis lalu, beliau memaklumkan akan menyertai sebuah boikot peringkat global terhadap Israel yang menyaksikan beberapa artis dan pemuzik turut enggan membuat persembahan di Israel. -AP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya