GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu membawa keluar seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli di Kampung Chemal, Pos Simpor untuk dihantar ke Hospital Gua Musang hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Udara Subang, Selangor, Mohd. Farhan Marzuki berkata, kanak-kanak tersebut Suzilin Arisan, 3, mengalami sesak nafas akibat demam panas. “Penerbangan ihsan itu menggunakan helikopter AW 139 berlepas dari Pangkalan Udara Bertam, Pulau Pinang pada 9.35 pagi dan mendarat di Kampung Chemal pada 10.20 pagi untuk mengambil kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya