KELIBAT jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada saingan Piala Thomas mungkin tidak akan kelihatan lagi pada penganjuran akan datang apabila mengakui edisi kali ini bakal menjadi penampilan terakhirnya. Justeru, pemain berusia 36 tahun itu tekad untuk memperagakan aksi terbaik pada penganjuran di Bangkok, Thailand, sekali gus membantu skuad negara membawa pulang trofi tersebut buat kali pertama sejak 1992. Pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu juga mengakui, gandingan pemain senior dan junior yang dibentuk pada kali ini memiliki kekuatan tersendiri selain sebagai pendedahan kepada pemain-pemain muda. “Kali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya