SHAH ALAM 11 Mei – Pemuda UMNO Selangor menuntut dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak segera melepaskan jawatan Presiden UMNO. Zainuri Zakaria Ketuanya, Zainuri Zakaria berkata, Najib perlu bertanggungjawab susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu. “Kita tidak bercakap mengenai individu, tapi kita bercakap mengenai masa depan parti (UMNO). “Maka adalah lebih baik supaya beliau (Najib) bertanggungjawab serta berundur supaya satu gerakan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam parti,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya