KUALA TERENGGANU 24 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu akan memberi sokongan padu kepada Khairy Jamaluddin sekiranya beliau bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden dalam pemilihan parti akan datang. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Iskandar Jaafar berkata, Khairy telah membuktikan kebolehan dan kemampuan untuk menerajui parti dengan sangat berwibawa selama ini malah mempunyai sokongan akar umbi khususnya kalangan pemuda di seluruh negara. “Sekiranya Khairy tidak memegang jawatan tertinggi parti, dikhuatiri UMNO akan terus kehilangan sokongan orang muda pada masa akan datang sedangkan golongan itu mewakili lebih separuh daripada jumlah pengundi,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya