KLUANG – Perangai pelik seorang pemuda yang ketagih mencuri pakaian dalam wanita berakhir apabila perbuatannya disedari orang ramai sebelum dicekup dalam kejadian di Taman Sri Impian, di sini awal pagi tadi. Pemuda berusia 23 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 4.30 pagi oleh penduduk taman tersebut selepas dia mencuri beberapa helai coli, seluar dalam serta seluar panjang wanita. Difahamkan, suspek yang tinggal di taman perumahan sama melakukan aktiviti tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu dengan menyasarkan rumah-rumah penduduk yang menyidai pakaian di kawasan kediaman mereka. Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya