MIRI – Seorang pemotong rumput maut apabila dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 43, Jalan Lama Miri-Bintulu di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, mangsa, Meli Manggang, 50, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah pada anggota badannya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang memotong rumput di tepi jalan berkenaan. Bagaimanapun katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang datang dari arah Bintulu ke Miri tiba-tiba hilang kawalan lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya