KUALA LUMPUR – Semua jawatan tertinggi dalam UMNO termasuk Presiden dan Timbalan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu, Jun ini. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk membuka semua jawatan dalam parti untuk dipertandingkan dicapai selepas Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. “Semua jawatan yang ada adalah terbuka dan bebas dipertandingkan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta ketua pergerakan sayap… bebas ditandingi mengikut kelayakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO. “Jadi tidak timbul soal tidak ada pertandingan dalam UMNO,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya