Pemeriksaan SPRM di ibu pejabat PUNB tiada kaitan dengan 1MDB - Utusan Malaysia

Pemeriksaan SPRM di ibu pejabat PUNB tiada kaitan dengan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat Perbadanan Usahawan Nasional  Berhad (PUNB) pagi tadi tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki. Tanpa mendedahkan kes yang disiasat di pejabat PUNB, beliau berkata, ia hanyalah penyiasatan biasa yang dibuat SPRM. “Kami hanya membuat pemeriksaan siasatan serta mengambil beberapa dokumen dan pemeriksaan ini tiada kaitan dengan 1MDB,’’ katanya ketika dihubungi Bernama. Tinjauan Bernama di pejabat PUNB, mendapati seramai lapan orang pegawai dan anggota SPRM melakukan siasatan di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan di tingkat 12 dan 13, Plaza Sentral di sini yang bermula pada pukul 10.30 pagi tadi. – Bernama …

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya