PETALING JAYA – Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan sebatang pokok tumbang dan hampir meragut nyawa pemandu serta penumpang empat buah kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Subang di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, kesemua pemandu dan penumpang empat buah kenderaan yang berada dalam kesesakan lalu lintas tersebut sempat menyelamatkan diri selepas melihat pokok berkenaan hampir tumbang. Kosmo! difahamkan, kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lima kilometer dari arah pusat bandar menghala ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Pegawai Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya