JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pemandu bas yang melakukan penderaan terhadap seekor anjing jenis Rottweiler peliharaanya di hadapan sebuah rumah di Taman Mount Austin di sini tahun lalu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nur Sulehan Abd. Rahman memutuskan demikian setelah tertuduh, Goh Jin Fong, 52, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Jin Fong didakwa dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab telah melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak wajar kepada haiwan tersebut yang berwarna hitam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya