BANGKOK 24 Mei – Malaysia memiliki barisan pemain perseorangan wanita yang mampu mencabar kelompok 20 terbaik dunia, malangnya ‘penyakit’ tidak konsisten menjadi penghalang mereka untuk pergi lebih jauh. Ketua jurulatih badminton perseorangan wanita negara Datuk Tey Seu Bock berkata, prestasi mereka yang tidak menentu itu menyebabkan beliau tidak berani meletakkan sasaran pingat dalam Sukan Asia di Jakarta, 18 Ogos hingga 2 September ini. Seu Bock berkata, sebagai contoh, Goh Jin Wei gagal memberi persembahan yang diharapkan ketika kalah kepada pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung dalam perlawanan pembukaan Piala Uber Isnin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya