SEORANG wanita muda telah diberikan anugerah di atas keberaniannya menyelamatkan seorang ibu dan anak-anak wanita itu daripada perompak dengan menjatuhkan penjenayah terbabit ke atas tanah. Jordyn Mavromatis, 22, berada di rumah seorang rakannya apabila dia melihat seorang penjenayah cuba merampas beg tangan dari seorang wanita di jalan. Tidak berasa gentar, Mavromatis dari Wellingborough, Northamptonshire, England yang merupakan pemain sayap untuk pasukan ragbi tempatannya, melompat dan berpaut pada kaki perompak itu menyebabkan dia terjatuh. Perompak berkenaan, Daniel O’Boyle bagaimanapun berjaya melepaskan kakinya dan melarikan diri ke sebuah kereta yang dipandu rakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya