KAHERAH, Mesir – Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) akhirnya berjaya meredakan kegusaran para peminat bola sepak negara itu berhubungan kecederaan bintang sensasi mereka, Mohamed Salah yang dilihat berdepan kecederaan ketika beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam. Menurut EFA, hasil pemeriksaan awal mendapati kecederaan dialami Salah tidak terlalu serius seperti yang dijangkakan dan dia mungkin masih berpeluang untuk membantu Mesir pada saingan Piala Dunia di Rusia bulan depan. Penyerang Liverpool tersebut terpaksa dibawa keluar pada separuh masa pertama ketika mereka tewas 1-3 kepada Real Madrid selepas mengalami kecederaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya