KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah supaya baginda diberikan peluang untuk mengenali calon Menteri Besar negeri itu sebaiknya sebelum melantik individu berkenaan. Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda masih tidak mengenali kebanyakan wakil rakyat yang dipilih di negeri ini. “Sekurang-kurangnya, berilah beta peluang untuk mengenali wakil-wakil rakyat, barulah beta boleh membuat keputusan (melantik Menteri Besar Perlis). “Beta tahu ramai rakyat Perlis yang tertunggu-tunggu Menteri Besar yang baharu. Berilah peluang beta beberapa hari atau minggu,” titah baginda ketika berangkat mencemar duli merasmikan Perkampungan Sunnah Siri Kelima di Masjid Alwi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya