ISU pelantikan Menteri Besar Perlis yang dijangka selesai dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man semalam, nampaknya belum ada tanda-tanda reda. Sebaik sahaja perlantikan Azlan diperkenan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu kemudian dipecat. Pemecatan beliau diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang akhbar khas di ibu negara. Umum mengetahui, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Watikah itu berlangsung dalam keadaan kurang sempurna kerana tidak dihadiri oleh walau seorang pun daripada sembilan wakil rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya