PULAU PINANG 19 Mei – Seorang pelancong warga Britian cedera selepas diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Penang, di sini awal pagi tadi. Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa cedera pada bahagian leher selepas ditikam dengan sebilah pisau. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki warga tempatan bertengkar dengan mangsa bersama rakan-rakannya di tempat kejadian. Katanya, berdasarkan siasatan awal, seorang pelancong warga Britian menjelaskan dia melihat kumpulan lelaki berkenaan memukul mangsa sehingga jatuh dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya