CAMERON HIGHLANDS – Seorang pelancong asing warga Kanada berhadapan detik-detik cemas selama lebih dua jam apabila dia dipercayai sesat di puncak Gunung Jasar di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu, mangsa yang berasal dari Jepun berusia 25 tahun itu mendaki gunung tersebut seorang diri sebelum sesat di puncak gunung berkenaan. Dia bagaimanapun sempat menghubungi rakannya di Kuala Lumpur bagi menyatakan keadaannya. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Nazri Safiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa itu pada pukul 4.16 petang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya