KEPALA BATAS 19 Mei – Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas digilis lori dalam kejadian di Jalan Kampung Selamat, Tasek Gelugor, di sini malam tadi. Kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, Wan Natasya Azwin Wan Asri bersama rakannya bergesel dengan lori berkenaan kira-kira pukul 10.15 malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemandu lori berusia 64 tahun itu bagaimanapun tidak menyedari kejadian berkenaan dan meneruskan pemanduan pulang ke rumahnya. Katanya, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan penduduk kampung dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya