BALIK PULAU – Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Balik Pulau/Sungai Pinang di sini kira-kira pukul 5.40 petang tadi. Mangsa, lelaki berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 47 tahun. “Motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Balik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya