KUALA LUMPUR 14 Mei – Peguam N. Surendran menggesa Pakatan Harapan (PH) supaya mengotakan janji semasa kempen Pilhan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bahawa mereka akan mengkaji dan memansuhkan akta tidak adil serta zalim antaranya Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Menurut peguam itu, akta tersebut yang diwartakan pada 11 April lalu ketika Barisan Nasional (BN) berkuasa, tidak perlu dipinda sebaliknya layak dibuang ke dalam tong sampah dan dimansuhkan kerana menekan rakyat. Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda maksimum RM500,000. Surendran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pengurusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya