JOHOR BAHRU – Tindakan biadab seorang pegawai Jabatan Imigresen memukul kepala dan tangan seorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan itu di Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek di sini semalam berbalas apabila dia digantung kerja serta-merta. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pegawai terbabit telah menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan dengan kod etika serta perkhidmatan awam. “Kami memandang serius isu itu. Pegawai tersebut telah ditahan kerja serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya