SKUAD hoki wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menutup saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 di Bandar Donghae, Korea Selatan semalam dengan meraih tempat keempat, sekali gus memperbaiki keputusan edisi dua tahun lalu di Singapura. Lebih menakjubkan, ini adalah kali pertama dalam tempoh lima tahun Malaysian Tigress berjaya memecahkan dominasi empat gergasi Asia milik China, Korea Selatan, India dan Jepun sejak meraih tempat ketiga pada ACT 2013 di Kakamigahara. Ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah amat berpuas hati dengan pencapaian itu kerana anak-anak buahnya pernah dianggap ‘lauk’ kepada empat gergasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya