SERIAN 28 Mei – Seorang penunggang dan pembonceng motosikal dipercayai pasangan suami isteri maut setelah bertembung dengan sebuah lori satu tan di Jalan Kampung Gedong di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Simon Pulin, 41, dan Jolia Asoi, 39, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak perubatan hospital. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 10.28 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke tempat kejadian. “Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa terbakar manakala kedua-dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya