SETIU 10 Mei – Calon Pas, Shaharizukirnain Abdul Kadir memenangi kerusi Parlimen Setiu setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Jidin Shafee dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 2,802 undi. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau yang merupakan bekas Timbalan Mudir Maahad Darul Quran meraih 35,020 undi manakala Mohd Jidin sebanyak 32,218 sementara seorang lagi pencabar Mohd Faudzi Musa (PKR) sebanyak 4,740 undi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya