KEPALA BATAS 10 Mei – Meskipun tewas tipis di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Barisan Nasional (BN) masih gah mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang secara tradisinya menjadi kubu kuat mereka sebelum ini. Calon BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican menang selepas memperoleh 22,459 undi berbanding dua lawannya iaitu Dr. Zaidi Zakaria (PKR) dan Siti Mastura Muhammad (Pas) yang masing-masing memperoleh 17,723 dan 12,120 undi. Majoriti 4,736 undi itu bagaimanapun lebih tinggi berbanding undi majoriti yang diterimanya pada Pilihan Raya Umum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya