SUASANA desa yang dikelilingi pohon merimbun menyuntik perasaan teruja dalam hati Yusmiza Yusof, 43, untuk pulang ke kampung halamannya di Penaga, Pulau Pinang. Keinginan untuk pulang ke Kampung Permatang Kuang tidak pernah terpadam meskipun sudah hampir dua dekad dia berpindah ke Sungai Petani, Kedah selepas mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi, hari ini merupakan 1 Ramadan 1439 Hijrah. Pada hemat pembantu di Tabika Kemas Teluk Wang, Sungai Petani itu, Ramadan di Kampung Permatang Kuang sangat istimewa. Ini kerana pegangan dan tradisi menyambut puasa di kampung itu tidak pernah berubah meskipun negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya