KUALA PILAH – Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun tiba di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira pukul 2.40 petang ini bagi mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Aminuddin mengetuai 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengadap baginda susulan kemenangan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung semalam. Pertemuan itu antara lain bertujuan memperbincangkan tentang pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu daripada Pakatan Harapan susulan kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan negeri ini. ADUN Paroi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya