JOHOR BAHRU 12 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Balai Mengadap,Istana Bukit Serene, di sini pukul 3.06 petang tadi. Istiadat Penyerahan Watikah, Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor itu dilakukan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Osman, 67, yang juga Setiausaha Pakatan Harapan negeri menjadi Menteri Besar Johor ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Osman menang dengan majoriti 9,178 undi mengalahkan dua calon…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya