KUALA LUMPUR – Dalam kegembiraan rakyat Malaysia meraikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, pelakon Niena Baharun pula berkongsi berita gembira tentang dirinya yang sedang hamil anak pertama. Berita gembira berkenaan dikongsi pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz itu menerusi akaun Instagram miliknya kelmarin. Niena atau nama penuhnya Amaniena Baharun, 25, turut mengumumkan usia kehamilannya itu kini memasuki 13 minggu. “Ini merupakan kehamilan pertama saya, Alhamdulillah sudah 13 minggu. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh atau solehah, sihat sempurna, cergas fizikal dan minda.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya