PRESTASI Negeri Sembilan yang tidak memuaskan pada saingan Liga Super 2018 menyebabkan kontrak ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah ditamatkan berkuat kuasa kelmarin. Pengendali berusia 65 tahun itu dilihat gagal membantu meningkatkan prestasi Negeri Sembilan selepas hanya mencatatkan dua seri daripada lima perlawanan setakat kini. Penamatan kontrak tersebut disahkan oleh pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Mohamad Haslah Mohd. Amin semalam. Menurut beliau, tempat Azraai kini diganti oleh jurulatih baharu dari Portugal, Mario Lemos, 34, mulai kelmarin. “Penamatan kontrak Azraai bukan diputuskan secara mudah, sebaliknya keputusan itu dibuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya