KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan keputusan mengenai kedudukan beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO pada minggu depan selepas pulang daripada bercuti dalam negara. Najib menerusi kenyataan akhbar di laman Facebooknya berkata, beliau akan mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat serta pandangan pemimpin serta ahli parti di semua peringkat selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. Menurutnya, keputusan yang dibuat adalah untuk memastikan UMNO dan BN kembali kuat dan mendapat semula kepercayaan rakyat pada masa akan datang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya