PEKAN 20 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat sunat tarawih di kediamannya di Seri Kenangan, di sini malam ini. Sebelum itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 orang tetamu. Ketua UMNO Bahagian Pekan itu turut menunaikan solat Maghrib, solat hajat dan Isyak secara berjemaah. Turut serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian Pekan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya