KUALA LUMPUR 12 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta berikutan kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Keputusan Najib melepaskan jawatan disandang beliau sejak 2009 itu dimaklumkan dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh barisan kepemimpinan tertinggi UMNO termasuk daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Suasana sebak dan pilu dapat dirasakan sepanjang sidang akhbar kira-kira enam minit itu, namun Najib berpandangan keputusan tersebut perlu diambil berdasarkan prinsip tanggungjawab moral…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya