MADRID 11 Mei – Rafael Nadal memenangi perlawanan ke-50 berturut-turut di atas gelanggang tanah liat sekali gus menamatkan rekod John McEnroe yang berusia 34 tahun dengan menewaskan Diego Schwartzman di Terbuka Madrid. Nadal melakar kemenangan 6-3, 6-4 untuk menempah tiket ke suku akhir kejohanan dan dia akan bertemu wakil dari Austria, Dominic Thiem bagi mendapatkan tempat ke separuh akhir. McEnroe mencipta 49 kemenangan di atas gelanggang tanah liat pada 1984 termasuk ketika menjuarai Terbuka Tertutup Madrid. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya