KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman menfailkan writ saman untuk mengekalkan jawatan Ketua Menteri yang disandang beliau pada 10 Mei lalu. Writ saman yang difailkan menerusi firma guaman Messrs. F.T Ahmad & Co. itu menamakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden. Perintah saman tersebut turut menyatakan pelantikan Mohd. Shafie merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai Ketua Menteri baharu tidak mengikut perlembagaan. Perintah itu juga memohon kepada mahkamah untuk menghalang Mohd. Shafie daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya