KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Negeri di sini kira-kira pukul 7 malam bagi menghadap Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Musa mengetuai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghadap Tun Juhar susulan kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung semalam. Direkodkan, BN pada awalnya memenangi 29 kerusi DUN bagaimanapun, layak membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi hasil bekerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star). – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya