KOTA KINABALU – Polis Sabah masih giat mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk diambil keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, sehingga hari ini Musa yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu masih belum tampil memberi keterangan. “Beliau (Musa) belum hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. “Maklumat yang diperoleh setakat ini mendapati Musa dipercayai tiada di Sabah,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Bagaimanapun, Ramli enggan menggulas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya