ALOR SETAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Menteri Besar Kedah selepas mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit di sini semalam. Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-13 itu dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu mengangkat sumpah jawatan tersebut buat kali kedua selepas kali pertama pada 2013. Majlis berkenaan turut disaksikan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya