KUALA LUMPUR 30 Mei – Keuntungan sebelum cukai Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) bagi suku berakhir 31 Mac 2018 meningkat 13.3 peratus kepada RM30.6 juta berbanding RM26.9 juta bagi tempoh sama tahun lepas. Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, perolehannya bagaimanapun susut 17.7 peratus kepada RM427.6 juta berbanding RM519.84 juta sebelum ini. Katanya, prestasi lebih baik itu disumbangkan oleh pertumbuhan yang dicatatkan daripada bahagian kejuruteraan, pembinaan dan alam sekitar. “Kami masih mempunyai nilai tempahan yang belum direkodkan sebanyak RM4.9 bilion dan strategi kami menyasarkan projek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya