SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat – Mahkamah Rayuan di sini memutuskan bahawa seekor monyet bernama Naruto tidak boleh memiliki hak cipta terhadap sekeping gambar swafoto yang diambilnya pada 2011. Gambar itu menjadi tular enam tahun lalu apabila Naruto yang merupakan monyet spesies Rhesus atau lebih dikenali sebagai monyet Macaque Rhesus terakam tanpa sengaja swafoto dirinya sendiri sambil tersenyum menggunakan kamera seorang jurugambar, David Slater. Kejadian itu berlaku apabila Slater sedang melakukan tugasannya di dalam Hutan Simpan Tangkoko di Sulawesi, Indonesia. Dalam kejadian itu, Slater meninggalkan kameranya sebentar di sebuah tempat di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya