PUTRAJAYA 22 Mei – Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mendedahkan bahawa beliau pernah menerima pelbagai ugutan termasuk ancaman bunuh sepanjang mengetuai siasatan skandal SRC International Sdn. Bhd. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, beliau pernah menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu. Menurut Mohd. Shukri, beliau terpaksa menggunakan strategi tertentu termasuk menularkan berita kononnya hendak ke Jeddah, Arab Saudi bagi mengaburi mata pihak berkenaan. “Sebenarnya saya alihkan perhatian mereka kerana saya terbang ke AS atas bantuan rakan-rakan perisik di luar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya