KUALA LUMPUR 26 Mei – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini berpeluang merasai sendiri kehebatan pesawat pengangkut Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila beliau dibawa menaiki pesawat tersebut ke Butterworth, Pulau Pinang. Mohamad, yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’, dibawa ke Butterworth bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga TUDM di pangkalan udara di sana. Sewaktu penerbangan, beliau turut dibawa melawat ke kokpit sambil diberikan penerangan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya