KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui beliau berasa gementar dan masih menyesuaikan diri untuk mengurus kementerian di bawah kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan. Menurutnya, beliau sudah biasa hidup bersama rakyat, namun kini perlu mengikut protokol dan peraturan tertentu demi menjaga kepentingan semua pihak. “Ia pengalaman baharu buat diri saya. Saya perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu ini tetapi saya tidak akan ubah stail saya,” katanya pada sidang akhbar pertamanya sebagai Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya