KOTA SAMARAHAN – Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terhumban masuk ke dalam Sungai Samarahan pada Isnin lalu terungkai apabila dia ditemui mati terperangkap dalam kenderaan tersebut, hari ini. Mayat mangsa, Bernabas Lias Jalal, 77, dari Tabuan Dayak di sini dijumpai selepas 4WD jenis Mitsubishi Storm berjaya dinaikkan ke darat kira-kira pukul 3.11 petang. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, sebelum itu, anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya mengenal pasti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya