SEPANG 17 Mei – Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek memasang impian untuk melihat trofi keramat Piala Thomas kembali ke pangkuan Malaysia sekali gus menamatkan kemarau 26 tahun sebelum beliau mengundurkan diri. Misbun, bekas pemain perseorangan negara, tidak menolak kemungkinan edisi Piala Thomas kali ini adalah penglibatan terakhir buat dirinya bersama pasukan kebangsaan bagi kejohanan itu yang akan berlangsung selama lapan hari bermula Ahad ini di Bangkok, Thailand. “Ya, mungkin terakhir. Sebab itu saya harapkan kejutan dapat dicipta pasukan negara. Walaupun pada ketika tidak menjadi jurulatih, setiap edisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya