BANGKOK 21 Mei – Ketua Jurulatih Perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek menegaskan kehadiran pembantunya, Nor Kamal Ahmad yang dibawa bersama sepanjang kempen Piala Thomas di Bangkok bukan untuk menafikan sumbangan Hendrawan. Tegas Misbun, sejak awal lagi beliau sudah menjelaskan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) beliau memerlukan pembantunya jika mereka mahu menggunakan khidmatnya dalam skuad kebangsaan, malah perkara tersebut turut dipersetujui Hendrawan. Bagaimanapun, katanya, kehadiran Nor Kamal bukan untuk mencampuri urusan kejurulatihan dalam BAM, sebaliknya hanya memberi info tambahan kepadanya dan mengambil nota mengenai sesuatu permainan. Kemunculan Nor Kamal yang duduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya