JALALABAD, Afghanistan – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan lebih 30 cedera apabila militan-militan meletupkan bom dan menyerbu sebuah bangunan kerajaan semalam dalam serangan berterusan di ibu kota Afghanistan, kata beberapa pegawai. Asap tebal naik ke udara selepas dua letupan berlaku berhampiran Direktorat Kewangan Jalalabad, kata jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani kepada agensi berita AFP sambil menambah, sejumlah penyerang memasuki bangunan itu. “Pasukan keselamatan di kawasan tersebut sedang bertempur dan mengusir mereka,” katanya. Menurut Attaullah, seorang penyerang maut, manakala operasi pembersihan diteruskan. “Sekitar tengah hari (semalam), satu letupan kuat menggegarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya